Bersedekah Sambil Beramal! – Fundraiser by Zawawee #Recollection

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Bersempena Ulang Tahun ke-10 penubuhan Persatuan Kasih Sejati, mari saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya sepanjang berkecimpung di dalam dunia Kebajikan & Kemasyarakatan.

 

Saya Zawawee, salah seorang pekerja di Persatuan Kasih Sejati. Tahun ini merupakan tahun ke-5 saya menceburkan diri dalam aktiviti kebajikan & kemasyarakatan. Sepanjang 5 tahun disini, pelbagai aktiviti kebajikan & kemasyarakatan telah dijalankan oleh Persatuan Kasih Sejati tanpa mengira keturunan, bangsa serta agama. 

 

Pada saya kewujudan persatuan ini memberikan impak kepada masyarakat. Kami sedia upaya menyantuni masyarakat khususnya golongan B40 tanpa mengira keturunan, bangsa serta agama dengan memberikan pelbagai bantuan untuk memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. (https://www.greatheartcharity.org.my/)

 

Untuk menjalankan aktiviti kebajikan & kemasyarakatan memerlukan sejumlah dana yang besar untuk menampung kos operasi sesebuah persatuan. Dana adalah penentu samada setiap aktiviti kebajikan & kemasyarakatan dapat dijalankan dengan jayanya. 

 

Oleh itu, bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Persatuan Kasih Sejati yang ke-10, saya dengan rendah hati menyeru serta memohon sumbangan/ sedekah dari pihak tuan & puan untuk membiayai serta menyokong segala usaha kebajikan & kemasyarakatan yang dijalankan oleh Persatuan Kasih Sejati. Sedekah dari tuan & puan dapat memastikan segala program kebajikan & kemasyarakatan yang dijalankan oleh persatuan dalam usaha menyantuni golongan B40 tanpa mengira keturunan, bangsa serta agama dapat diteruskan.

 

Saya memetik hadis riwayat Muslim yang menyatakan:

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain melainkan Allah akan menambah kemuliaannya, dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”

 

Sekian,

Zawawee.

RM 500.00

17%

RM 3,000.00 Goal

1 Donors

Category: SKU: AwieRecollection

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bersedekah Sambil Beramal! – Fundraiser by Zawawee #Recollection”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post comment